Saturday, October 29, 2011

Mikroekonomi: Bab 2 (Sistem Ekonomi dan Peranan Kerajaan)

Note: Please read this in a new tab before proceeding to the notes below. Thank you.

Bab 2: Sistem Ekonomi dan Peranan Kerajaan
  • Pengenalan
    * Definisi sistem ekonomi = cara/peraturan yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menguruskan ekonominya
    * Terdiri daripada 4 jenis iaitu:
      -- sistem ekonomi pasaran bebas
      -- sistem ekonomi perancangan pusat
      -- sistem ekonomi campuran
      -- sistem ekonomi Islam
  • Ciri-ciri sistem ekonomi
photo by Alex Eylar
  • Sistem ekonomi pasaran bebas
    * Definisi: sistem ekonomi yang dijalankan berdasarkan mekanisme pasaran tanpa campur tangan kerajaan. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis/laissez faire
    * Ciri-ciri:
      -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu dan pengeluar
      -- Pembuat keputusan: pengguna dan pengeluar melalui mekanisme harga
      -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan
      -- Penentuan harga: mengikut kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga
      -- Persaingan: bebas
      -- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum
  • Sistem ekonomi perancangan pusat
    * Definisi: sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dengan pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dan mengawal tingkat harga pasaran
    * Ciri-ciri:
      -- Pemilikan sumber: dimiliki oleh kerajaan segalanya
      -- Pembuat keputusan: kerajaan melalui arahan unit perancang ekonomi
      -- Pilihan: tidak bebas, terbatas, ditentukan oleh kerajaan
      -- Penentuan harga: ditetapkan oleh kerajaan; tiada kuasa permintaan dan penawaran
      -- Persaingan: tidak wujud
      -- Motif pengeluaran: memaksimumkan kebajikan rakyat
  • Sistem ekonomi campuran
    * Definisi: sistem ekonomi yang dijalankan oleh pihak swasta dan kerajaan dengan pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat
    * Ciri-ciri:
      -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu, pengeluar, dan kerajaan
      -- Pembuat keputusan: individu, pihak swasta, dan kerajaan
      -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan
      -- Penentuan harga: mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan
      -- Persaingan: bebas dan kerajaan memastikan persaingan yang sihat dan adil
      -- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum; kerajaan - kebajikan maksimum
  • Sistem ekonomi Islam
    * Definisi: sistem ekonomi yang berlandaskan hukum-hukum syarak untuk menggunakan sumber-sumber alam secara cekap dan adil. Sumber rujukan utama dalam sistem ekonomi ini adalah al-Quran dan Hadis
    * Ciri-ciri:
      -- Pemilikan sumber: hak milik mutlak Allah
      -- Pembuat keputusan: pengguna, pengeluar, dan kerajaan
      -- Pilihan: bebas tetapi tertakluk kepada hukum syariah
      -- Penentuan harga: mekanisme harga dan kerajaan tanpa mengenepikan nilai etika dan moral
      -- Persaingan: persaingan sihat, adil, dan saksama
      -- Motif pengeluaran: motif utama pengeluar adalah untuk mendapatkan keredaan Allah
  • Penyelesaian masalah asas ekonomi oleh sistem ekonomi
photo by Corey Templeton
  • Sistem ekonomi pasaran bebas
    Apa yang hendak dikeluarkan?
      -- bergantung pada permintaan atau kehendak masyarakat
    Berapa yang hendak dikeluarkan?
      -- bergantung pada jumlah permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga
    Bagaimana hendak dikeluarkan?
      -- gunakan faktor yang harga relatifnya paling rendah; teknik pengeluaran yang paling cekap untuk meminimumkan kos
    Untuk siapa dikeluarkan?
      -- bergantung pada corak pengagihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat; golongan kaya menikmati barang yang lebih banyak
  • Sistem ekonomi perancangan pusat
    Apa yang hendak dikeluarkan?
      -- barang yang meningkatkan kebajikan dan taraf hidup masyarakat
    Berapa yang hendak dikeluarkan?
      -- bergantung pada jumlah keperluan dan permintaan rakyat
    Bagaimana hendak dikeluarkan?
     
    -- gunakan teknik yang mencapai matlamat kerajaan seperti berintensif buruh untuk mengatasi penggangguran
    Untuk siapa dikeluarkan?
     
    -- untuk semua rakyat dan menggunakan sistem catuan untuk pengagihan yang lebih adil dan saksama
  • Sistem ekonomi campuran
    Apa yang hendak dikeluarkan?
     
    -- barang persendirian - bergantung pada permintaan; barang awam - ditentukan oleh kerajaan
    Berapa yang hendak dikeluarkan?
     
    -- kuasa pasaran dan kerajaan memastikan barang cukup dan boleh kawal kuantiti
    Bagaimana hendak dikeluarkan?
     
    -- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat
    Untuk siapa dikeluarkan?
     
    -- kerajaan campur tangan melalui percukaian dan subsidi untuk menjamin bekalan keperluan cukup untuk golongan kurang mampu
  • Sistem ekonomi Islam
    Apa yang hendak dikeluarkan?
     
    -- barang persendirian - bergantung pada permintaan dan mesti halal; barang awam - ditentukan oleh kerajaan
    Berapa yang hendak dikeluarkan?
     
    -- mekanisme harga dan kerajaan memastikan wujud kestabilan ekonomi
    Bagaimana hendak dikeluarkan?
     
    -- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat dan tidak menimbulkan eksternaliti negatif
    Untuk siapa dikeluarkan?
     
    -- kerajaan campur tangan melalui sistem zakat untuk pengagihan pendapatan yang lebih adil , saksama dan menjamin bekalan keperluan cukup
  • Kebaikan dan kelemahan sistem-sistem ekonomi
photo by Sepehr Ehsani
  • Sistem ekonomi pasaran bebas
    * Kebaikan
      -- kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan
      -- kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi
      -- menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap
      -- mendorong kemajuan teknologi dan inovasi
      -- pasaran memberikan maklumat tepat kepada pengeluar
    * Kelemahan
      -- ketidakstabilan ekonomi
      -- agihan pendapatan yang tidak saksama
      -- kegagalan mengeluarkan barang awam
      -- menggalakkan amalan monopoli
      -- kos sosial dan kesan luaran (eksternaliti negatif)

    Sistem ekonomi perancangan pusat
    * Kebaikan
      -- pengeluaran secara skel besar-besaran
      -- kesaksamaan agihan pendapatan
      -- pengeluaran tanpa persaingan
      -- kestabilan ekonomi
    * Kelemahan
      -- kesilapan dalam membuat keputusan
      -- kurang motivasi dan insentif
      -- teknologi dan inovasi tidak berkembang
photo by Tobias
  • Tujuan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi
    * mewujudkan kestabilan ekonomi
    * menyediakan barang awam
    * mengelakkan amalan monopoli
    * merapatkan jurang pendapatan masyarakat
    * menghapuskan kesan luaran yang negatif (eksternaliti negatif)
photo by s_falkow
  • Bentuk campur tangan kerajaan dalam ekonomi campuran
    * peraturan dan undang-undang
    * penentuan tingkat harga - dasar harga maksimum/minimum, kuota
    * percukaian
    * subsidi
    * pemilikan kerajaan (monopoli semula jadi)
---------------------------------------------------------------------------------

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home